Puteri fighting

Puteri fighting
I believe learning is a never ending process...


Ms Maria Liza Latiff

OBJEKTIF PPIM

Objektif PPIM digubal dengan tujuan untuk merealisasikan kandungan falsafahnya. Walau bagaimanapun PPIM menyedari bahawa terdapatnya perbezaan umur dan perbezaan keperluan berdasarkan perbezaan kemampuan di antara ahli-ahli dari kalangan pelajar sekolah-sekolah menengah dan rendah dengan maktab dan universiti, maka PPIM menggariskan objektif-objektif yang sesuai dengan keperihalan diri masing-masing seperti berikut:

Objektif Pada Peringkat Sekolah

Objektif PPIM pada peringkat sekolah rendah dan menengah disusun dengan tujuan seperti berikut:

  • melahirkan sebuah masyarakat muda yang
i) taat kepada Allah, Raja dan Negara
ii) berilmu
iii) berakhlak mulia
iv) berbakti kepada masyarakat

  • membimbing gadis-gadis dalam segi akhlak, rohani dan jasmani supaya menjadi insan kamilah, berilmu, mengajar dan memperkenalkan Islam supaya kelak hidup mereka berasaskan jalan yang diterima Allah S.W.T. dan dapat berbakti untuk Agama, Nusa dan bangsa.
  • membentuk sebuah kumpulan yang beridentiti sendiri, progresif dan diterima masyarakat.
  • mengukuhkan persaudaraan antara generasi muda dan menghormati generasi tua.


 

No comments:

Post a Comment